News and Events

Tahniah & Syabas kepada Pasukan DPines dari Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA)

🎉 Tahniah & Syabas kepada Pasukan DPines dari Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) yang diketuai oleh Dr. Rusnifaezah Musa dari Fakulti Pengurusan Industri (FIM) telah berjaya mara ke Pusingan Kedua Swiss Innovation Challenge 2025 menerusi produk inovatif mereka, PINAWRAP dalam kategori Ideation. Daripada 259 penyertaan awal, hanya 167 pasukan berjaya disenarai pendek ke pusingan pertama. Kini, hanya 57 pasukan terpilih ke pusingan kedua dan DPines merupakan salah satu daripadanya! Turut mengharumkan nama UMPSA ialah dua lagi pasukan hebat, Biofertile X (kategori Ideation) dan EVSE Integration in Lighting Infrastructure (kategori Commercialization). Kejayaan ini bukan sahaja membuktikan potensi besar produk inovatif dari UMPSA, malah memperlihatkan daya saing global warga FIM dalam bidang keusahawanan dan inovasi. 💐 Setinggi-tinggi tahniah kepada Dr. Rusnifaezah Musa dan seluruh pasukan DPines! Semoga terus melakar kejayaan dan mengharumkan nama FIM serta UMPSA. #FIMUMPSA #UMPSA #SwissInnovationChallenge2025 #InovasiGlobal #KejayaanAnakUMPSA #FIMGoesGlobal #BanggaFIM #PINAWRAP

Search