UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG AL-SULTAN ABDULLAH (UMPSA) telah menganjurkan Sambutan Maulidur Rasul 1447H/2025M dengan penuh meriah dan penuh rasa kesyukuran sebagai salah satu usaha memupuk kecintaan warga universiti terhadap junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
Program yang berlangsung di Kampus Pekan itu menghimpunkan pelbagai lapisan warga UMPSA termasuk kepimpinan universiti, staf akademik dan pentadbiran, mahasiswa serta komuniti setempat. Sambutan dimulakan dengan perarakan Maulidur Rasul yang diiringi laungan selawat, diikuti dengan bacaan doa serta sesi ceramah.
Timbalan Naib Canselor Akademik, LT. KOL. PROF. DATO' IR. TS. DR. AHMAD ZIAD BIN SULAIMAN, dalam ucapan perasmiannya menekankan bahawa sambutan ini bukan sekadar acara tahunan, tetapi platform untuk meneladani keperibadian Rasulullah SAW yang berteraskan akhlak mulia, kepimpinan berwawasan dan kasih sayang sejagat. Beliau turut mengajak warga UMPSA untuk menjadikan sirah nabawi sebagai panduan dalam membentuk kecemerlangan diri, organisasi, dan masyarakat.






Kemuncak sambutan menyaksikan ceramah perdana Maulidur Rasul disampaikan oleh penceramah jemputan, YBhg Ustaz Harranto Rizal Rokman, yang menekankan tema sambutan tahun ini, "Membangun Ummah Madani". Ceramah tersebut memberi penekanan kepada aspek persaudaraan, toleransi dan integriti dalam kehidupan seharian, selari dengan aspirasi universiti dalam membentuk graduan holistik dan berakhlak mulia.
Pelbagai aktiviti sampingan turut diadakan termasuk perarakan dari setiap jabatan, cabutan bertuah, dan ceramah mengenai sejarah Islam dan perjuangan Rasulullah SAW. Sambutan Maulidur Rasul UMPSA 1447H/2025M ini berjaya memperkukuh ukhuwah warga universiti sambil memperingatkan kembali peranan besar Rasulullah SAW sebagai suri teladan terbaik untuk seluruh umat manusia.











The discussion aimed to explore collaboration opportunities in academic and industry engagement, particularly in supporting the faculty’s new academic programme, Bachelor of Financial Technology.
Key discussion points included:
🎉 Tahniah & Syabas kepada Pasukan DPines dari Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) yang diketuai oleh Dr. Rusnifaezah Musa dari Fakulti Pengurusan Industri (FIM) telah berjaya mara ke Pusingan Kedua Swiss Innovation Challenge 2025 menerusi produk inovatif mereka, PINAWRAP dalam kategori Ideation.
Daripada 259 penyertaan awal, hanya 167 pasukan berjaya disenarai pendek ke pusingan pertama. Kini, hanya 57 pasukan terpilih ke pusingan kedua dan DPines merupakan salah satu daripadanya! Turut mengharumkan nama UMPSA ialah dua lagi pasukan hebat, Biofertile X (kategori Ideation) dan EVSE Integration in Lighting Infrastructure (kategori Commercialization).
Kejayaan ini bukan sahaja membuktikan potensi besar produk inovatif dari UMPSA, malah memperlihatkan daya saing global warga FIM dalam bidang keusahawanan dan inovasi.
💐 Setinggi-tinggi tahniah kepada Dr. Rusnifaezah Musa dan seluruh pasukan DPines! Semoga terus melakar kejayaan dan mengharumkan nama FIM serta UMPSA.
#FIMUMPSA #UMPSA #SwissInnovationChallenge2025 #InovasiGlobal #KejayaanAnakUMPSA #FIMGoesGlobal #BanggaFIM #PINAWRAP







