Kunjungan delegasi NPO Turkiye bersama MPC ke UMPSA
22 Ogos 2023 | UMPSA Gambang
UMPSA terima kunjungan delegasi daripada National Productivity Organization (NPO) Turkiye bersama Malaysia Productivity Corporation (MPC) ke Fakulti Pengurusan Industri (FIM) di UMPSA Kampus Gambang hari ini.
Kunjungan ini adalah kesinambungan dari program ‘Multicountry Observational Study Mission on Best Practices in Lean and Digital Transformation for SMEs’ yang diadakan di Konya, Turkiye pada bulan Jun yang lalu yang disertai oleh wakil FIM, Ts. Syed Radzi Rahamadulla.
Mewakili NPO adalah Director General for Strategic Research and Productivity, Ministry of Industry and Technology, Dr. Ilker Murat Ar yang hadir bersama Dr. Onder Belgin, Veli Ozel dan Zeynep Ozge Demirci. Manakala MPC dihadiri Pn Abigail Anbalagan.
Lawatan delegasi NPO Turkiye dan MPC ini adalah untuk berkongsi amalan terbaik yang diusahakan oleh UMPSA dengan mewujudkan kilang pembelajaran sebagai pusat pembelajaran serta latihan yang berorientasikan tindakan berdasarkan persekitaran industri.
Delegasi turut melawat ke Manual Operation Learning Factory dan Smart Operation Teach Factory.