28 November 2023:Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara UMPSA dan MTDC
Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara UMPSA dan MTDC telah disempurnakan oleh Naib Canselor UMPSA, Prof. Dato’ Ts. Dr. Yuserrie Zainuddin bersama Ketua Pegawai Eksekutif MTDC, Ts. Hj. Mohammad Hazani Hassan bertempat di UPM-MTDC Serdang. Kerjasama ini melibatkan pembangunan modul Micro Credential Industry (MIC) bagi kursus Marketing dan Technopreneurship oleh pasukan pensyarah daripada Fakulti Pengurusan Industri. Turut hadir adalah Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa), Prof. Ir. Ts. Dr. Ahmad Ziad Sulaiman; Pengarah PSPe, Prof. Madya Dr. Awanis Romli; dan Ketua Program (Keusahawanan), Dr. Nurul Ashykin Abd Aziz mewakili pasukan pensyarah Fakulti Pengurusan Industri yang terlibat dalam pembangunan kedua-dua modul ini.