News and Events

"Lean Supplier Management" di Mercedes-Benz Malaysia Pekan Plant

Fakulti Pengurusan Industri, Universiti Malaysia Pahang (UMPSA) telah dijemput untuk menjadi jurulatih bagi Bengkel "Lean Supplier Management" di Mercedes-Benz Malaysia Pekan Plant pada 16 Ogos 2024. Bengkel ini dihadiri oleh pembekal-pembekal utama Mercedes-Benz Malaysia seperti Yangfeng Malaysia Automotive Interior, DEM Draxelmeir Automotive Sdn Bhd, APM Plastic Sdn Bhd, ZF Chassis System Sdn Bhd, Lear Automotive Sdn Bhd, dan Adient Automotive Seating Sdn Bhd, dengan tujuan untuk meningkatkan kefahaman dan kemahiran praktikal dalam Lean Management serta teknik-teknik yang berkaitan.

Latihan ini dikendalikan oleh pensyarah-pensyarah dari Fakulti Pengurusan Industri, iaitu Dr. Norhana Binti Mohd Aripin, Dr. Azim Azuan Bin Osman, Ts. Dr. Azian Binti Ibrahim, dan Puan Suziana Binti Mat Dahan. Kolaborasi ini bukan sahaja memperkukuh hubungan antara UMPSA dan Mercedes-Benz Malaysia tetapi juga memastikan amalan Lean Management dapat diterapkan dengan lebih berkesan dalam operasi para pembekal, meningkatkan keberkesanan operasi dan kualiti produk mereka.

Semua peserta yang hadir telah menerima sijil penyertaan, yang disampaikan oleh Encik Azlan bin Ahalip, General Manager, Production Planning and Distribution, Mercedes-Benz Malaysia.

Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan bengkel ini!

 

 

 

#UMPSA #LeanSupplierManagement #MercedesBenzMalaysia #SupplierDevelopment #Collaboration #AutomotiveIndustry #OperationalExcellence #FIMUMPSA

USEFUL LINKS

Contact Us

Faculty of Industrial Management
Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah,
Lebuh Persiaran Tun Khalil Yaakob,
26300 Gambang
Kuantan, Pahang Darul Makmur.

Tel: +609 431 5012
Email: fim@umpsa.edu.my

UMP Helpdesk

Internal Feedback & Request Form

Feedback & Complaint Form

 Privacy Policy   |   ICT Security Policy  |  Disclaimer  |  Sitemap

Search